Wednesday, February 23, 2011
HEre Is SamThIng AbOut LovE..
Tuesday, February 22, 2011
BiTTEr
B : Hey I heard that U've got a new boyfriend now.
G : Jyeahh.
B : So tell me, does he make you laugh like I did?
G : No. But he doesn't make me cry like U did.
IgnoRe kan Aje Cinta on-9
Semua org...saye mksdkan suma org akan brase sronok berkawan dengan teman on9 sehingga menimbulkan prasaan kemesraan dan kemesraan juga persahabatan maya yg begitu unik..malah ade juga yang menimbulkan bibit-bibit cinte...apetah lg si dia juga sebegitu rupa..
Namun, ade yg jujo dan iklas utk berkawan dgn kite dan kite pon xkeberatan utk menerima dier sbgai teman on9..
kite berchit-chat berjam-jam lamanya, bergurau senda, berbalas emel..dan tak mustahil hubungan maya yg dianggap biase oleh kite dianggap len oleh nye..si diaa mule menganggap kite tmn istimewa dan berimpikan kite menjadi kekasih sebenarnya di alam realiti..
jadi motipnyew kat sini..kalau anda masih xready..anda kene tau teknik2 cmn nak larik dari mslh mcm nie..ingt..Mr.Delete Key adalah sentiasa menjadi teman baik wanita..hehe
# jangan respon..
# jadi sorg yg menyakitkan aty sehingga dier ilang miat terhadap kite..
# Buat-buat mcm xberminat sehingga dier bosan dan menjauhi diri..
# Katakan anda memang tak berminat secara jujo dan diplomasi secapat yg mgkin..
# Tunjukkan sesuatu yg spesifik pd dirinye yg x sesuai dgn kite. Contohnye..*saye xkluar dgn org yg ade anak* atau *saye xcaye pd hubungan jarak jauh*
# Terima kasih atas msj awak. But, I am not available at present. Hope u will find ur soulmate soon.
# Saye btl2 x berminat.. terima kaseh jew la ye..
# Maaf, saye masih x bley lupekan kekasih lame saye. Jadi, saye xbersedia untuk memulakan hubungan baru.
# Hantar mereka gamba monyet!!
# Blok name mereka dlm program messenger anda @ emel anda,,tekar nick name anda semasa on9 di chat rum..dc saja!! atau klik off pada ICQ atau instant messenger..
Kaedah ini hanayalah sebagai pembacaan sahaja...tapi amik mane yg baek saja la dan buang mana yg buruk..pasti anda punye care tersendiri utk menolak cinta Internet!..ini cume care saye sajew..
Monday, February 21, 2011
BuDaye MenYiNdiR
sila keluarkan kata-kata yang indah, dengan nada yang tenang, mata pandang ke atas dan letakkan tangan di dada.
Sunday, February 20, 2011
Tiada JoDOh BuKan KehEndaK Kite...
Artikel ini dipetik dari blog rakan sejak beberapa tahun yang lalu. Saya sudah lupa dari mana ia diperolehi. Namun saya ingin kongsikan artikel ini untuk kita sama-sama mengambil iktibar.
Bacalah nasihat Mok Wan ni. Renungkanlah Sedalam-dalamnya. Tiada jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat solat. Allah mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat ‘Right Person’ dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki/perempuan yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia menjadi sebaliknya bila ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar suami atau isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.
Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutannya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia²nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. “